Followers

Friday, May 30, 2014

PRK Teluk Intan : PAS yakin Dyana akan memperoleh kemenangan esok

 
TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP mempunyai harapan yang cerah untuk memperoleh kemenangan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan yang akan berlangsung esok.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak kerja kempen.

Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak.

"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.

"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat dalam baki tempoh yang ada ini.

PRK Teluk Intan - Dyana Sofya
 
Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.

"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.