Kota Bharu: Polis menahan 10 individu termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 orang dalam kejadian di Ketereh, di sini, Selasa minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, salah seorang suspek yang ditahan adalah mangsa rogol berusia 15 tahun.
Katanya, empat daripada suspek ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam manakala selebihnya ditahan jam 3.30 pagi tadi.
Seorang suspek perempuan berusia 17 tahun ditahan reman enam hari, manakala tiga lagi seminggu.
"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.
"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
- hmetro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.