Nurul, Tian, Rafizi kuasai jawatan naib presiden
Gandingan
Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli meraih jumlah undi paling
besar bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR, menurut keputusan
rasmi setakat ini.
Penyandang
jawatan itu Nurul Izzah meraih jumlah undi paling banyak dengan 16,698
undi, diikuti seorang lagi penyandang Tian (14,798), dan Rafizi
(12,690), mengatasi 11 pencabar lain.
Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden pula menunjukkan penyandang Azmin Ali mengukuhkan kedudukannya di hadapan dengan 12,250 undi.
Beliau meninggalkan jauh dua orang pencabarnya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di tempat kedua dengan 8,123 undi dan Saifuddin Nasution Ismail dengan 6,997 undi.
Keputusan rasmi itu sehingga 10 Mei lalu disiarkan di laman rasmi pemilihan PKR hari ini.
Berdasarkan keputusan itu juga, jumlah yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon timbalan presiden tidak termasuk keputusan bagi semua cabang di

Selangor.
Jawatankuasa
Pemilihan Pusat PKR (JPP) pada 7 Mei lalu mengumumkan pemilihan di 17
cabang terpaksa diadakan semula kerana kontroversi manipulasi undi
membabitkan kepimpinan tertinggi parti itu.
Ia melibatkan empat cabang di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah (Tenom dan Keningau).
Cabang terbabit sepatutnya mengadakan pemilihan semula pada 17 Mei lalu.
JPP mengumumkan, empat lagi cabang terbabit iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
JPP pada 11 Mei seterusnya mengumumkan, pemilihan terpaksa digantung di 10 cabang di Selangor iaitu Kota Raja, Kuala Selangor, Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Selayang dan Kapar.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.