Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno berkuasa
"selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan Rakyat, kata
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Farouk Musa semalam.
"Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalam negara
ini."Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.
"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan
terus kekal memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan
demikian dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang,
Mohamed Hanipa Maidin.
Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS
sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno
yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.