SHAH ALAM 11 MEI: Minggu ke-3 Pemilihan PKR 2014 menyaksikan calon
Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setakat ini memperolehi
undi tidak rasmi di Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Negeri Sembilan
sebanyak 934 undi mengatasi saingannya, Datuk Saifuddin Nasution (551)
dan penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali (544).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Abdul Khalid turut menang di semua cabang di Kuala Lumpur dan Putra Jaya kecuali Lembah Pantai dan Batu yang dimenangi Saifuddin.
Faktor kemenangan Saifuddin di dua cabang itu dipercayai disebabkan cabang-cabang itu merupakan kubu kepada Tian Chua dan Nurul Izzah yang merupakan rakan sepasukkan Saifuddin dalam regu ‘Masa Depan Bersama’.
Keputusan tidak rasmi di Lembah Pantai menyaksikan Saifuddin memperolehi 304 undi diikuti Abdul Khalid (72 undi) dan penyandang jawatan, Mohammed Azmin Ali (36 undi).
Manakala di Batu pula menyaksikan Saifuddin memperolehi 150 undi, Abdul Khalid (90 undi) dan Azmin (37 undi).
Cabang-cabang yang dikuasai Abdul Khalid pula, Bandar Tun Razak dengan memperolehui 118 undian, Azmin (28) dan Saifuddin (8).
Cabang lain yang turut dimenangi Abdul Khalid, Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju, Seputeh dan Putra Jaya.
Manakala Azmin sehingga kini masih belum menang mana-mana cabang di Lembah Klang.
Kutipan undi terkumpul tidak rasmi bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat ini, Saifuddin mendahului dengan 524 undi, diikuti Abdul Khalid (471) dan Azmin 131.
Mengikut Perlembagaan PKR, pengiraan undi dikira berdasarkan satu ahli, satu undi, bukan berdasarkan jumlah cabang yang dimenangi.
Di Selangor, Abdul Khalid mempunyai reputasi cemerlang sebagai pentadbir di kalangan rakyat dan ahli akar umbi PKR negeri itu.
Sementara itu di Negeri Sembilan, Azmin dan Abdul Khalid bersaing rapat dengan Azmin menang di tiga cabang dan Abdul Khalid dua cabang.
Azmin beroleh kemenangan di Teluk Kemang, Tampin dan Jempol, manakala Abdul Khalid menguasai di Seremban dan Rembau.
Jumlah undi terkumpul tidak rasmi bagi Negeri Sembilan setakat berita ini ditulis, Abdul Khalid mengatasi Azmin dengan Abdul Khalid, 463 undi, Azmin (413) dan Saifuddin (27).
Bagaimanapun sekiranya jumlah undi tidak rasmi ini diambil kira dijangka masih belum mengatasi jumlah keseluruhan undi yang diperolehi Azmin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.