SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.
Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.
Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.
Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.
“Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.
“Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.
“Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut,” katanya kepada Selangor Kini.
Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.
“Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.
“Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan,” jelasnya lagi.
EZY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.