Followers

Monday, May 5, 2014

" NGO Islam ISMA, Hanya Ada Telur Bila Tegur DAP, Tapi Tidak Berani Menegur MCA "



Makin melampau dah Cina MCA nih, bukan takat tolak hudud dengan perkataan, menghina pula, hari nih lancar pula kempen untuk menolak hudud. UMNO BN sikit pun tak tegur. Tapi semua pemimpin UMNO dok sibuk kata DAP tolak hudud.

UMNO BN biaq pi kat depa. Yang jadi masalah sekarang NGO ISMA yang kononnya perjuang Islam nih. Pada minggu-minggu yang telah lalu mengatakan kerjasama PAS dan DAP adalah haram kerana DAP tolak hudud.

MCA tolak Hudud mana suara ISMA??, tetiba semua telur hilang. Bila orang kata ISMA nih pertubuhan pengampu UMNO BN marah. Hakikatnya bukan takat MCA menolak, GERAKAN menghina hudud, malah melancarkan kempen tolak hudud pula. Aku nak tengok lepas nih ada tak suara ISMA keluar kenyataan.

IPOH – Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.

“Ia selaras dengan penubuhan negara sejak kemerdekaan yang mengutamakan konsep intergrasi perkauman dan bukan asimilasi. Perpaduan harus diutamakan demi keharmonian terutama negara kita yang mempunyai bangsa yang majmuk.

“Wanita MCA bertekad untuk memelihara masyarakat negara yang bersepadu dan aman damai demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA di sini, hari ini.

Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong kempen terbabit terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan kesatuan wanita. 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.