Hina Islam Ok.. Hina Umno Berdosa Besar Dan Wajib Didakwa Di Mahkamah..
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail segera menyiasat kenyataan menghina Umno dan ahlinya di bawah Akta Hasutan.
Katanya tindakan tegas perlu dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima RSN Rayer yang membuat kenyataan menghina, "celaka Umno" ketika ucapannya di dewan semalam.
Shahidan berkata tindakan itu bukan sahaja dilihat melanggar undang-undang tetapi lebih daripada itu kerana ia turut menghina Melayu secara keseluruhannya.
"Kalau mereka kata sudah menarik balik kenyataan, tidak bermakna perkara itu sudah dianggap selesai.
"Peguam Negara perlu menyiasat dan mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Jika ia benar maka pemimpin DAP melanggar undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam reaksi kekecohan yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan DAP dan Umno di Sidang Dewan Negeri, Shahidan turut menyatakan kesal apabila Speaker negeri itu Datuk Law Choo Kiang tidak memainkan peranannya dalam menghalang insiden itu daripada berlaku.
"Ia tidak sepatutnya berlaku. Saranan saya, mana-mana negeri selepas ini tidak kira pembangkang atau tidak, perlu melantik Speaker yang tidak memihak mana-mana parti.
"Seperti di Parlimen, Speaker amat adil. Tidak kita siapa dan mana-mana parti yang melakukan kekecohan atau bertindak menghasut, amaran dan tindakan akan dikenakan," katanya. - tmi
Bloglist Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.