Followers

Thursday, May 22, 2014

Malapetaka Besar Akan Menimpa UMNO Dalam Masa Terdekat ?

Mahathir rasai suatu keadaan buruk akan timpa Umno


KUALA LUMPUR - Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan tentang kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK sebegini, apatah lagi apabila calonnya merupakan calon muda.

"Dan tentulah tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian," tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, menurutnya ramai rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ sedemikian dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seolah-olah ‘salah asuh’ anak-anak mereka sehinggakan sanggup ‘menderhaka’ kepada parti Umno seperti yang dilakukan oleh Dyana.

"Seolah-olah Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan. Seolah-olah Tun Mahathir sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno (BN) tidak lama lagi," tulisnya lagi.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY

 

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com 

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.