Followers

Thursday, May 22, 2014

Lelaki ditemui rentung dalam kereta dipandunya di Puchong

Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya, ditemui rentung dalam sebuah kereta berdekatan stesen minyak Taman Kinrara, Puchong, hari ini.
 
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan dari orang ramai pukul 2.20 petang sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Setibanya ke tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira ditemui rentung di dalam keretanya yang terbakar 90%. Api dapat dipadamkan sepenuhnya lima minit kemudian," katanya.

 
"Orang ramai cuba mengeluarkan mangsa daripada keretanya, namun gagal akibat api yang marak. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan usaha mengesan identiti mangsa dengan menjejaki warisnya sedang dilakukan," katanya. –  Bernama, 22 Mei, 2014.
Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.