Followers

Wednesday, May 14, 2014

Kurang Ajar: Khairy tuntut siasatan individu ejek azan.....

Photo: Wednesday, 14 May 2014.

Kurang Ajar: Khairy tuntut siasatan individu ejek azan.....

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri belia dan sukan itu menulis dalam Twitter (kanan) dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter dikenali Aji Kedi memberitahu Khairy bahawa siasatan harus bermula dengan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terlebih dahulu.

Pemilik akaun Twitter itu menegur Khairy, sekali gus menyalahkan tentera siber BN berhubung akaun yang menghina azan itu.

“Ini helah murahan tentera siber BN untuk mencemarkan Pakatan Rakyat. Meletakkan ke tahap serendah ini tidak menjadikan kamu seorang yang berkaliber. Serius,” katanya.

Sementara seorang lagi pengguna dikenali sebagai Brian Gomez pula mengheret sama ISMA dalam perbincangan itu.

Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.