[Gempar] Bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib Umum Keluar UMNO
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.
[AA] KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah
mengumumkan keluar dari parti UMNO.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.
"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.
Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.
Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.
Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.
Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru
di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana
Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat
masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di
mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.
Baki dua lagi adalah calon bebas.-13/5/14
Berkaitan:
Krisis di T'ganu: Ahmad Said keluar Umno
[MK] Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika
dihubungiMalaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil
Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya
selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak
saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar
(parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa
beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:
"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri
selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima
(pertukaran MB)," katanya.
Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.
"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. -13/5/14
Duniacacarmarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.