Followers

Wednesday, May 14, 2014

Krisis di Terengganu, balasan rampasan kuasa di Perak – Nizar Fiza Halim


terengganu_DUN


KUALA LUMPUR : Pergolakan politik yang berlaku di Terengganu adalah balasan akibat rampasan yang dilakukan Umno di Perak pada tahun 2009, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, pergolakan politik di Terengganu dilihat semakin parah antara Umno negeri itu dengan Umno Pusat sehingga wakil rakyat mereka secara sukarela keluar dari parti itu.

“Pergeseran mereka parah. Dulu cakap Pas dan KEADILAN parti yang tak boleh tadbir. Tapi kita lihat secara terang-terangan pergolakan Umno lebih dahsyat lagi,” kata Nizar kepada Keadilandaily.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak ditumbangkan pada 2009 dengan taktik lompat parti oleh dua Adun KEADILAN iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi serta Adun DAP, Hee Yit Fong.

Kini, di Terengganu tragedi sama berulang apabila tiga Adun BN mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

NizarNizar berkata, Datuk Ahmad Said dilucutkan jawatan sebagai Meneteri Besar Terengganu kerana dia mempunyai krisis dengan Timbalannya iaitu Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan orang kanan Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

“Mereka dari dulu tiada persefahaman, ada perbalahan yang jelas. Tak mustahil Ahmad Said boleh digugurkan,” tambah Nizar yang juga Adun Changkat Jering.

Jelas Nizar, apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang bukan sahaja gagal mentadbir negara, malah tidak mampu mengurus negeri dibawah pentadbiran BN sendiri.

Dalam pada itu, kata Nizar ada tangan tersembunyi dalam Umno yang berniat menjatuhkan Ahmad Said, selain budaya tikam-menikam sesama sendiri dalan parti itu.

“Ada orang ketiga yang mahu hancurkan seseorang yang tidak disukainya lagi. Prinsip Umno memang macam itu. Jatuhkan orangnya sendiri kerana ada kepentingan,” ulas Nizar.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.