Followers

Friday, May 23, 2014

Ketua Polis Sabah Pertahan Kekayaan Dan Kemewahan Yang Dimiliki Anaknya




Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata aktivis pemantau jenayah R Sri Sanjeevan cuba meraih publisiti murahan dengan menimbulkan dakwaan berhubung anaknya.

Hamza menjelaskan, mendakwa anaknya, Mohammad Azhan, 30, menjalankan satu perniagaan sejak beberapa tahun di Kuala Lumpur dan bukannya tidak berpekerjaan seperti didakwa.

Sanjeevan yang mengetuai NGO MyWatch dalam satu sidang media hari ini mendakwaAzhan memiliki dua kereta mewah dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta.

Sanjeevan mendakwa transaksi akaun bank Azhan melibatkan jumlah RM500,000 sejak enam bulan lalu sehingga April.

Hamza juga berkata, anaknya itu juga berminat dengan kenderaan tersebut.

"Anak muda meraih pendapatan dan membeli kereta. Saya tidak tahulah jika kereta dua pintu dikira sebagai kereta mewah," katanya seperti dipetik dalam laporan Sin Chew Online.

Katanya, beliau juga bimbang jika anaknya, seorang lulusan undang-undang  dan menantunya tidak mampu menampung ansuran kereta tersebut.

Katanya, pasangan itu bagaimanapun tidak perlu bimbang mengenai pinjaman perumahan kerana mereka tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.