Sebaik
bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bertindak keluar Umno,
beliau sendiri menjilat ludahnya dengan kembali semula kepada parti
asalnya yang disertai sejak usia 17 tahun.
Bagaikan
filem Hindustan, babak mendebarkan akhirnya berkesudahan dengan tarian
dan nyanyian, pukulan hebat penjahat terhadap hero tidak menjejaskan
hero untuk beraksi semula seperti tiada kesan sakit akibat dipukul
Ahmad
Said bermula dengan garang, sebaik mengumumkan keluar parti, beliau
menempelak kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang tidak langsung
bertimbang rasa untuk melanjutkan tempih beliau memegang jawatan
sehingga majlis pernikahan anaknya selesai
Ketika
tragisnya episod ‘amukan Ahmad Said’ ini, PAS meletakkan partinya dalam
keadaan bersedia jika sebarang perubahan yang membolehkan pemerintahan
bertukar tangan, atau dipulangkan mandat kepada rakyat untuk memilih
semula siapa pemerintah yang layak menerajui negeri tersebut.
PAS
tidak gopoh untuk meniru BN dalam aksi rampasan kuasa di Perak pada
tahun 2009 membabitkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan
Rakyat yang diborong oleh BN ketika itu untuk menjatuhkan kerajaan
pimpinan Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
PAS
telah menunjukkan contoh dan teladan yang cukup terpuji dalam menangani
krisis politik di Terengganu dengan mengambil sikap tidak akan
menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN
yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak
pada tahun 2009.
Azam itu
dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat pada
sidang media di Kuala Terengganu, pada petang 13 Mei, dan diikuti dengan
kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar yang menegaskan
perlunya pembubaran Dun andai kemelut tidak selesai.
Pastinya
keadaan di Terengganu dan sikap pemimpin PAS ini amat berbeza dengan
tindakan setengah golongan dalam kemelut politik di negeri Perak pada
2009 dulu.
Saiful
menyatakan, “Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar
diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau
dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya,” katanya.
Langkah
PAS mengesyorkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu
‘berpijak di bumi yang nyata’ walaupun risikonya amat besar seperti kata
Pengerusi Ilham Center, Hishomuddin Abu Bakar bahawa PAS boleh sahaja
mengalami penyusutan jumlah kerusi andai Pilihan Raya Kecil Negeri
diadakan (sebelum tiga Adun BN kembali semula kepada Umno).
“Andai
PRN berlaku, PAS harus bersedia dengan senario terburuk kerana Umno
akan all out. Kita harus melihat bagaimana Umno menurunkan lebih 30 juta
untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, mengapa mereka pertahankan
sangat kerusi itu, dan mereka akan sanggup untuk bekerja keras untuk
mempertahankan Terengganu,” kata Hishomuddin
Najib
akan membaiki imejnya yang telah musnah akibat keputusan
terburu-burunya dalam menggantikan Ahmad Said dengan Ahmad Razif,
sehubungan itu jika ada PRN, maka Najib akan turun dengan kedudukan
mempertahankan pemerintahan.
“Najib akan all out jika berlaku PRN. Tetapi sekarang ini semuanya seperti sudah selesai,” katanya lagi.
Namun,
sekalipun jika berlaku Ahmad Said dan rakan-rakannya keluar Umno dan
tidak kembali semula ke dalam parti nasionalis itu, kedudukan kerajaan
yang menggantikan kerajaan BN yang terbentuk ketika itu pastinya rapuh.
Disebabkan
itu kata Hishomuddin, PAS mengambil langkah yang terbaik dengan tidak
menjalankan sebarang urusan untuk mengambil alih pentadbiran secara
terburuburu, sebaliknya menanti dan melihat pergolakan dalam BN di
Terengganu.
Bagi
Hishomuddin, tindakan PAS itu tepat kerana selepas dua hari ‘amukan
Ahmad Said’ akhirnya reda, dan kemudian Ahmad Said memohon maaf kepada
Perdana Menteri selepas beberapa perjanjian mungkin telah dimeterai
secara verbal mahupun bertulis
Malah Ahmad Said mula menyerang PAS dengan menuduh adanya usaha pihak PAS untuk melobinya agar menyertai Umno.
Seperti
mana kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman
Syed Ahmad Nawawi bahawa Ahmad Said “berbohong” berhubung dakwaan
pihaknya memujuk beliau menyertai parti Islam itu.
Menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya mendakwa
“pihak Ahmad Said” yang menghubungi PAS untuk menyertai dan menyokong
parti itu
Mujur
PAS tidak melatah, tidak segera untuk menyahut ajakan pihak yang dalam
kekecewaan kerana akhirnya terbukti Ahmad Said menyerang PAS kembali
selepas sengketanya dengan Najib selesai
Melihat
pula kepada kedudukan Menteri Besar baharu, Dato’ Ahmad Razif Abdul
Rahman, Hishomuddin mengandaikan bahawa Ahmad Razif akan menjadi ‘budak
suruhan’ Najib dalam meneruskan kelangsungan politik Najib yang sedang
berkecamuk dalam Umno.
Mengulas
pertukaran yang berlaku antara Ahmad Said kepada Ahmad Razif,
Hishomuddin berkata pastinya hanya akan menjadi satu lagi titik mula
kepada Najib untuk mencatur kedudukannya di Terengganu.
Bagaimanapun
Hishomuddin melihat walaupun suasana politik Terengganu kembali
tenang, Ahmad Razif perlu bekerja keras untuk pulihkan sokongan rakyat.
Selain
itu katanya, Ahmad Razif akan berdepan dengan sebarang kemungkinan jika
Ahmad Said bertindak luar dugaan lagi selepas ini, atau mana-mana
individu yang bersama Ahmad Said melakukan comeback selepas ‘serang
hendap’ pertama tidak menjadi kenyataan
Politik
Terengganu sebenarnya masih belum reda, walaupun tiga watak penting
dalam aksi 13 Mei menarik kembali peluru berpandu yang bisa sahaja
menukar kerajaan negeri ke tangan PAS.
Selepas
ini, tidak mustahil kata Hishomuddin bahawa episod yang hampir sama
akan berlaku di Terengganu jika Najib gagal memastikan janji yang
dimeterai untuk meredakan keadaan tidak tertunai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.