Biasanya ahli perniagaan pendiam ini, Low Taek Jho jarang memberikan
kenyataan media, namun setelah beberapa laporan di laman web yang
mengaitkannya dengan Dana Belia 1Malaysia (1MDB) berhubung kegagalannya
membeli tiga hotel di London pada 2011 membuatnya berubah fikiran.
Sarawak Report pada Ogos 2012 melaporkan keputusan Mahkamah Tinggi
United Kingdom berhubung pertikaian pembelian kumpulan hotel Coroin yang
mana penyalur maklumat berkata Low mempunyai kaitan dalam dana itu.
Jurucakap Low berkata kepada The Malaysian Insider,
biasanya ahli perniagaan itu mengambil rakan kongsi perniagaan ‘untuk
rekod prestasi yang baik’.
“Mr Low merupakan pelabur bersama dan mengetuai koordinasi cadangan
membida Kumpulan Hotel Maybourne (Claridge’s, the Connaught dan Berkeley
di London) bersama Aabar Investments PJS (dana entiti mewah kawalan
kerajaan Abu Dhabi).
“1MDB merupakan satu daripada berapa pelabur yang dijemput Aabar
Investments PJS bagi menilai peringkat awal peluang pelaburan 2010/2011.
Bagi memudahkan bidaan, pelabur yang berminat mengemukakan surat
sokongan bidaan,” kata jurucakap itu kepada The Malaysian Insider pagi
ini.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata konsortium kalah dalam bidaan hotel
di mana penghakiman Britain mendedahkan pesaing bidaan cuba membeli
anggaran 39% pegangan kumpulan Coroin dari ahli perniagaan Derek
Quinland pada 2011.
"Mr Low akan terus mencari peluang perkongsian pelaburan menarik serata dunia," katanya.
Sarawak Report melaporkan penghakiman Britain mendapati bidaan Low
bernilai £1.028 bilion (RM5.7 bilion) untuk kumpulan hotel milik Wynton
Group dibantu 1MDB bagi melawan Barclay UK.
"Hakim jelas bahawa Low beberapa kali mewakili dirinya dan syarikat sebagai entiti disokong kerajaan Malaysia," katanya.
Laporan itu mendakwa apabila penjual British kurang senang dengan nilai
bidaan Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu mengirimkan
beberapa pucuk surat daripada pihak ketiga termasuk dari 1MDB menyatakan
sokongan menguatkan tawaran.
Menolak dakwaan menggunakan 'pintu belakang', jurucakap berkata
perniagaan Low di Malaysia dan luar negara mematuhi semua peraturan
berkaitan dan undang-undang.
Katanya, Low dan syarikat tidak pernah menerima pampasan atau naungan
secara terus daripada mana-mana entiti milik kerajaan Malaysia.
"Mr Low tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam 1MDB atau kerajaan.
Mr Low pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat dalam Terengganu
Investment Authority (TIA) setelah diundang pemegang saham bagi
memberikan nasihat berdasarkan pasaran bermula Januari hingga Mei 2009,"
katanya. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.