Followers

Sunday, May 18, 2014

Kebodohan Macai Tingkat Populariti Dyana Sofya atasi Nurul Izzah



Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan oleh The Malaysian Insider telah dinamakan sebagai calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan..

Berikutan siri gambar berbikini yang disebarkan kononnya milik Dyana Sofya baru-baru ini, ramai mula mengalih perhatian kepada PRK Teluk Intan.

Sebelum berita fitnah tersebut tersebar, tiada siapa memberi perhatian kepada Dyana Sofya.

Kini Dyana Sofya disebut-sebut sebagai ahli politik wanita kedua paling popular di belakang Nurul Izzah.

Gadis manis yang masih anak dara ini menjadi bualan di mana sahaja pemerhati politk berada. Bermula di kedai kopi hinggalah ke dunia maya : laman sosial khasnya.

Semasa Nurul Izzah bertanding di Lembah Pantai dulu.. poster kempen dibuat banyak tapi tidak banyak di paparkan sebagai bahan kempen pasal ramai yang dah angkut bawa balik rumah...

DAP perlu bersiap sedia menyediakan poster yang lebih banyak untuk Dyana Sofya kerana kemungkinan untuk poster-poster beliau diangkut pulang untuk ditampal di bilik peminat adalah sangat tinggi.

SEDIKIT TENTANG DYANA SOFYA

1. Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia.

Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya. 

2. Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera".

Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai. 

3. Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga.

Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja" 
4. Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina.

Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini" 

5. Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis.

Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah. 

6. Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya?

Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu” jelas Lim Kit Siang hasil Melayu Gelang Patah. 
7. Dyana Sofya pula berpendapat: “Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang?

Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini."









Gendang Perang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.