Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia
25 Mei 2014
JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH
JINGGA
13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah
dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian
Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan
sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara
serius terhadap pendedahan yang dibuat.
JINGGA
13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha
pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan baru-baru ini
berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah ,
Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar
dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun
beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000
dalam tempoh enam bulan lepas.
Isu tersebut
telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku Ketua Polis
Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang sewajarnya
menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan bukan
bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah
dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang
didakwa oleh MYWATCH.
JINGGA 13 Malaysia
menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu menyediakan
barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di saman oleh
pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA kerana
mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.
JINGGA
13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh
pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya
adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar
Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha
membenteras jenayah dan korupsi.
JINGGA 13
Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada mana-mana
pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah dan korupsi
tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.