Followers

Sunday, May 18, 2014

ISMA gesa bukan Islam henti guris perasaan orang Melayu.


 

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman kini di siasat polis selepas mendakwa kaum Cina adalah penceroboh di negara ini.

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman kini di siasat polis selepas mendakwa kaum Cina adalah penceroboh di negara ini.

NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa masyarakat bukan Islam yang bersifat chauvanis untuk berhenti mengguriskan hati dan perasaan orang Melayu Islam di negara ini.

Timbalan presidennya Aminuddin Yahaya berkata masyarakat bukan Islam seharusnya tidak merasa marah dengan kenyataan kaum Melayu yang dilakukan sekadar untuk mempertahankan diri.

Katanya jika masyarakat bukan Islam yang tidak memulakan dahulu dengan bertindak mengguriskan hati orang Melayu maka tidak mungkin mereka akan bertindak balas.

"Nasihat saya kepada penulis tahyul, ulamak oportunis dan pelakon video tolong nasihatkan bangsa lain yang chauvanis ini.

"Berhentilah mengguriskan hati orang Melayu Islam, mengapa kamu marah dengan kenyataan yang sekadar mempertahankan diri tetapi berdiam diri dengan sikap keterlaluan bangsa lain," katanya yang memetik dari laman web NGO tersebut.

Terdahulu, Isma pernah membuat kenyataan konterversinya yang mendakwa kaum Cina adalah penceroboh di negara ini.

Kenyataan tersebut kemudiannya mendatangkan kemarahan penduduk Cina di negara ini hingga memaksa presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman kini berdepan dengan siasatan polis.

Kata Amiruddin lagi orang Melayu tidak pernah menentang hak agama lain ini termasuk kemewahan yang dikaut masyarakat bukan Islam.

Tambahnya ia dapat dibuktikan dengan kesanggupan orang Melayu berkongsi kuasa memberikan pelbagai kemudahan kepada bangsa lain.

"Orang Melayulah yang menjadi pelanggan utama di kedai bangsa lain rela menjadi 'Ali Baba' dalam banyak bidang perniagaan.

"Malaysia juga adalah satu-satunya negara mempunyai begitu banyak cuti demi merayakan pelbagai perayaan agama lain selain mempunyai aliran sekolah mengikut bangsa," katanya.

Tegasnya dengan sikap Melayu begitu menolak pergaduhan jauh sekali bersikap perkauman menyebabkan kebaikan itu akhirnya menyebabkan bangsa lain mengambil kesempatan memanipulasikan demi kepentingan kaum mereka sendiri.

Kata Aminuddin, bangsa lain bukan sahaja mempertikaikan hak orang Melayu malah begitu berani menggugat Perlembagaan negara dan kemuliaan agama Islam.

Dalam laman web tersebut, beliau turut memberikan fakta yang merujuk sikap bertoleransi masyarakat Melayu ketika kemerdekaan dicapai.

Antaranya ketika itu sebanyak 980,000 kaum Cina dan India diberikan kerakyatan oleh kerajaan dimana menukarkan Malaysia menjadi negara berbilang kaum.

Ia turut menyaksikan penyerahan kuasa raja Melayu demi menjaga hati bangsa lain selain mereka diberikan sebanyak 10 ekar tanah percuma oleh kerajaan.

"Inilah pengorbanan yang dibuat oleh orang Melayu. Maka menyedari pengorbanan yang begitu besar oleh raja-raja Melayu inilah maka pihak British telah memperuntukkan Fasa 153 Hak Keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan," katanya.

Aminuddin berkata lagi banyak isu dan kritikan terhadap kerajaan kini jelas menggambarkan sikap keterlaluan masyakarat bukan Islam terhadap kaum Melayu.

Ia seperti dengan laungan slogan Malaysian Malaysia yang jelas mengugat Perlembagaan egara selain menghina institusi di raja termasuk menyokong tuntutan gabungan NGO hak asasi manusia, Comango.

"Pendek kata, saya boleh senaraikan banyak lagi tindakan bangsa lain yang chaunvinis ini yang telah mengguriskan hati orang Melayu selama bertahun.

"Apakah dengan satu kalimah saja orang Melayu Islam sebut mereka sudah melompat-lompat seperti katak keganasan dan kalimah yang hanya sekadar mempertahankan diri boleh dianggap rasis dan menghasut," katanya.

Aminuddin berkata lagi adalah tidak adil apabila orang Melayu Islam tidak melakukan apa-apa walhal hati dan perasaan mereka seringkali diguris masyarakat bukan Islam. – 18 Mei, 2014.

Malaysia Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.