Cadangan pengambilalihan pemilikan konsesi lebuh raya negara,
Projek Lebuhraya Utara-Selatan oleh syarikat swasta hanya akan
terlaksana dengan kelulusan kedua-dua pemegang saham, kata Pengerusi
PLUS Malaysia Bhd, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, yang dimiliki oleh Khazanah Nasional, ialah pemegang saham PLUS yang menguruskan lebuh raya itu sepanjang 772 kilometer.
“PLUS tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Ia hanya boleh dilakukan oleh KWSP dan UEM,” katanya pada majlis memperingati Allahyarham Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, seorang pakar ekonomi negara, yang meninggal dunia akibat kanser, tahun lalu, di Kuala Lumpur, kelmarin.
PLUS tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Ia hanya boleh dilakukan oelh KWSP dan UEM" Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Bhd
Sheriff percaya keputusan berkenaan hanya akan diperoleh selepas mesyuarat terperinci diadakan.
Mengikut laporan baru-baru ini, Kementerian Kerja Raya mengesahkan ada syarikat swasta berminat untuk mengambil alih PLUS.
“Perbincangan itu turut membabitkan Unit Perancang Ekonomi,” kata menterinya, Datuk Fadillah Yusof.
“Memang ada syarikat swasta hendak membeli pemilikan konsesi PLUS, tetapi apa pun cadangannya mestilah berasaskan kepada “perniagaan kepada perniagaan’ dan terserah kepada mereka untuk berbincang,” katanya.
Ditanya mengenai rancangan kenaikan harga tol, Sheriff berkata: “Ia bergantung kepada keputusan kerajaan”.
Awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas perbincangan makmal dijalankan secara mendalam, yang antara lain bertujuan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna.
“Tunggulah masanya. ..jangan hanya fikir macam seolah-olah kerajaan langsung tak sensitif terhadap masalah rakyat,” kata Najib. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.