Followers

Friday, May 9, 2014

Gempar!!! Inilah Wajah Pemain Bola Sepak JDT Yang Didakwa Mencuri Wang Milik Rakan Sepasukan.. Jom Terjah!!!

Johor Southern Tigers.

Johor Bahru: Seorang bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri wang milik rakan sepasukannya, 1 April lalu.

Tertuduh, Muhammad Hadin Azman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

MOHAMMAD Hadin dibawa ke lokap mahkamah selepas mengaku tidak bersalah mencuri wang rakan sepasukan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Hadin didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan mencuri di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan barangan peribadi pemain.

Dia dituduh mencuri wang milik Mohd Asraruddin Putra Omar sebanyak RM500 di bilik persalinan pemain bola sepak, padang bola Seri Gelam di sini pada 8.30 pagi, 1 April lalu.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Hadin didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sumber myMetro/Sedaka Sejahtera. Johor Southern Tigers.

Sumber myMetro/Sedaka Sejahtera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.