Followers

Wednesday, May 21, 2014

Dyana untuk semua kaum yang cinta keadilan

 
PANTUN ABANG MAT SABU:

“Puteri istana sedang hamil,
membaca sajak sambil menari;
Pilih Dyana bukan dek comel,
kerana fikiran bijak bestari.”


Dyana alat semua kaum yang cintakan keadilan – Mat Sabu

TELUK INTAN, 19 MEI: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan dakwaan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang melabel calon DAP Parlimen Teluk Intan sebagai alat Cina adalah bukti bahawa parti itu berada dalam ketakutan.

“Saya setuju dan tak nafi, memang Dyana alat Cina. Dia juga alat Melayu, alat India dan alat kepada semua rakyat Teluk Intan.

“Cukup-cukuplah UMNO main isu perkauman. Inilah dia perangai puak GST – Geng Songkok Tinggi.

“Mana-mana himpunan riuh ‘hidup Melayu’. Hidup Melayu! Sekat royalti ke Kelantan dan tak buat lebuhraya ke negeri itu yang dihuni 95 peratus Melayu. Hidup Melayu! Biasiswa diganti dengan pinjaman.

“Sekarang bila DAP, parti yang mereka label sebagai cauvinis Cina letak calon Melayu, puak-puak GST ni habis tergamam,” katanya ketika berucap di Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat PRK Teluk Intan, di Kampung Bahagia, semalam.

Sebelum memulakan ucapan, Mohamad Sabu sempat memberikan serangkap pantun yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh hampir 5,000 hadirin yang membanjiri kawasan lapang di Kampung Bahagia:

“Puteri istana sedang hamil,
membaca sajak sambil menari;
Pilih Dyana bukan dek comel,
kerana fikiran bijak bestari.”

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘abang mat’ turut berjanji untuk mengerahkan semua jentera PAS Teluk Intan bagi membantu DAP sehingga selesai pengundian 31 Mei ini.

“Semua jentera PAS Teluk Intan, termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli akan berada di sini sehingga hari pengundian.

“Kami akan bekerja seumpama PAS sendiri yang bertanding demi untuk memenangkan Dyana.

Abang Mat juga menyeru seluruh pengundi supaya menjadikan PRK ini sebagai referendum dan mukadimah perubahan ke arah negara lebih baik di masa akan datang.

“Menangkan calon kita 31 mei ini, dua tahun setengah nanti menangkan pula Pakatan Rakyat, maka anda semua akan melihat pembaharuan di segenap bidang seperti cara hidup dan ekonomi di negara tercinta ini,” ujarnya. -Roketkini.com

http://www.roketkini.com/2014/05/19/dyana-alat-semua-kaum/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.