[Mstar] PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan
berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.
Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu
sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18
Mei ini.
Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul
Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan
dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa
beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis
di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama
setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri
itu berundur secara baik.
Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi
17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh
15 kerusi.
BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.
Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.
Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan
sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri
selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana
Menteri.
Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -Joceline Tan/7/5/14
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.