Coklat Cadbury dimiliki oleh syarikat Kraft Foods yang kini menggunakan nama Mondelēz International. Ironinya syarikat Phillip Morris dimiliki Yahudi yang juga pengeluar rokok terbesar dunia telah memiliki saham terbesar syarikat Kraft Foods menjadikan mereka syarikat makanan kedua terbesar dunia.
Jika main core biz syarikat ini adalah rokok yang sememangnya bukan menjaga kesihatan manusia, malah merosakkan, adakah mereka akan kisahkan kandungan makanan di dalam Cadbury?
Jika dua coklat yang biasa dimakan orang Islam disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ada dna babi, adakah mustahll produk lain keluaran mereka terjamin tiada dna babi di dalamnya? Beranikah anda mengambil risiko?
Jadi, pembeli lebih selesa mengambil jalan selamat dengan mengelakkan dari membeli semua produk Cadbury, Kraft Foods atau Mondelēz sehingga isu ini benar-benar selesai.
Kami lihat syarikat Cadbury ini sedang galak membuat promosi dengan mengurangkan harga produk mereka dek kerana takut kerugian. Yelah, siapa mahu rugi.
Sebelum ini produk tenusu Ducth Lady juga mengalami nasib yang sama di mana terdapat kandungan aneh yang tidak sepatutnya berada di dalam produk mereka dan mereka juga mengambil pendekatan menurunkan harga produk di seluruh Malaysia dengan serta merta.
Persoalannya di sini, mengapa syarikat-syarikat ini mampu menurunkan harga produk mereka di saat semua harga barang sedang naik? Syarikat ini tidak memerlukan subsidi kerajaan pun untuk menurunkan harga produk mereka. Mengapa sebelum isu dna babi mereka tidak mahu menurukan harga produk mereka ini?
Bagaimana harga sesuatu produk ditentukan? Mengapa harga produk yang tinggi tiba-tiba boleh menjadi murah?
Adakah mereka mengambil kesempatan kepada pembeli kerana jualan produk mereka sedang laris sedangkan harganya tidaklah setinggi itu?
Di sinilah buktinya bukan pengeluar yang menentukan harga sesuatu produk. Yang sebenarnya pembelilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan harga pasaran. Jika anda mahu harga sesuatu produk itu murah berhentilah membelinya sehingga pengeluar terpaksa menurunkan harga produk tersebut kerana takut kerugian. Formula ini terpakai untuk semua produk
Dan ini juga bukti bahawa isu kenaikan harga bukan berpunca dari pengurangan subsidi kerajaan. Buktinya sudah ditunjukkan oleh syarikat Cadbury dan Ducth Lady. Mereka tidak menerima subsidi dan masih mampu menurunkan harga produk mereka.
Sebagai tambahan, jika syarikat antarabangsa yang menjaga standart ISO yang telah ditetap seperti Cadbury tidak terlepas dari bahan dna babi dan syarikat antarabangsa seperti Dutch Lady juga tidak terlepas dari bendasing aneh di dalam produk mereka adakah anda berani memberi jaminan syarikat bukan Islam Malaysia mampu menjaga standart mereka seperti syarikat antarabangsa ini?
Cadangan kami, berilah keutamaan kepada syarikat muslim di Malaysia. Selain membantu menjana ekonomi umat Islam, anda juga selesa mendapatkan produk yang bersih dan selamat untuk diri dan keluarga. Moga-moga dengan usaha kita membantu syarikat muslim, mereka pula membantu kita dengan memberikan produk dengan harga yang munasabah.
Dipetik dari - sp
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.