Followers

Tuesday, May 13, 2014

Bubar Dun atau bentuk kerajaan campuran di T’ganu

KUALA LUMPUR - Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran antara saranan pemerhati politik dalam menangani perkembangan terbaru politik di negeri itu sekarang.

Menyifatkan perkembangan politik yang mendepani kerajaan negeri itu lebih kepada krisis 'peribadi' berbanding parti, mereka berpandangan, perkembangan itu perlu ditangani segera.

Timbalan Dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr S.K Sivamurugan Pandian berpendapat langkah membubarkan DUN wajar diambil sekiranya pendekatan memujuk tiga wakil rakyat daripada Umno yang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, gagal.

"Jalan segera untuk menyelesaikan isu ini ialah untuk memujuk tiga wakil rakyat itu untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi jika gagal, BN tidak ada pilihan melainkan membubarkan dewan undangan negeri," katanya kepada Bernama.

Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Ini menjurus kepada komposisi BN di DUN yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Bagaimanapun, menurut Penasihat Undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu kerusi, menjadikan BN 15 kerusi.

Menurutnya, ini membolehkan BN kekal menerajui kerajaan negeri bersandarkan kepada parti mana yang memerintah selepas pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut Dr Sivamurugan berkata BN mengambil risiko besar apabila melaksanakan pertukaran menteri besar dalam keadaan tidak mempunyai majoriti besar dalam DUN, sekali gus menjurus kepada tanda tanya besar situasi politik negeri itu sekarang.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya perjanjian antara pucuk pimpinan dengan Ahmad Said tetapi jika dilihat keadaan sekarang, jelas telah berlaku perpecahan dalam Umno negeri," katanya.

Bagaimanapun dalam keadaan sekarang, terpulang kepada pihak-pihak yang berpecah ini sama ada untuk memainkan peranan besar memastikan perpaduan parti itu lebih penting berbanding perkara lain atau sebaliknya, katanya.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan BN yang kini dalam situasi seperti 'itik tempang', wajar meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan PAS.

"Tidak perlu bubar DUN dalam keadaan BN masih ada peluang untuk kekalkan kerajaan.
"Tetapi kerajaan Terengganu mungkin patut meneroka kemungkinan untuk membawa orang PAS dalam kerajaan, itu mungkin akan lebih menguatkan kerajaan selain mendekatkan jurang perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam selain akan memberi Terengganu suatu kelebihan," sarannya.

Jika kerajaan campuran bukan menjadi pilihan, pembubaran dewan juga tidak wajar dilakukan kerana ia hanya akan mendedahkan BN kepada risiko yang lebih besar, katanya.

"Kekalkan keadaan sekarang lebih baik walaupun BN akan berdiri sebagai kerajaan minoriti. Jika bubar DUN, Terengganu berdepan risiko diambil alih oleh pihak pembangkang," katanya. - Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.