Hussein dalam mempertahankan ketiadaan tindakan tentera dalam sejam
pertama M370 hilang menimbulkan kemarahan keluarga penumpang dan anak
kapal dan ada antara mereka menuntut beliau meletakkan jawatan.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam satu
temubual dengan program Four Corners oleh Australia Broadcasting Corp
yang disiarkan pada 19 Mei lalu, berkata tentera Malaysia diberitahu
untuk mengawasi kapal terbang itu tetapi membenarkannya hilang dari
radar mereka selepas menimbangkan ia bukan musuh.
Kenyataan beliau menarik perhatian keluarga yang dihubungi oleh The
Malaysian Insider dan mereka berkata kenyataan itu mendorong lebih
banyak persoalan daripada memberikan jawapan kepada kejadian itu.
Warganegara India, Pralhad Shirsath, suami kepada seorang penumpang
MH370 mempersoalkan bagaimana pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara
Malaysia tanpa apa-apa tindakan diambil, sedangkan pada masa sama
tentera tahu M370 hilang atau bermasalah.
Beliau berkata, kenyataan menteri itu hanya menunjukkan ia adalah
sebahagian daripada 'pelan' untuk membuat kapal terbang itu hilang
dengan tujuan tertentu.
"Menteri pengangkutan berkata, 'Jika kamu tidak akan menembak, apa gunanya penghantaran tersebut?'.
“Dia harus faham menghantar pesawat tentera tidak bermakna menembaknya,
setiap masa, tetapi menyiasat risiko dan mengambil tindakan (apabila ia
sudah dikenal pasti sebagai jet komersial dan bukan musuh tetapi melalui
wilayah Malaysia tanpa kebenaran).
“Daripada segi memberi maklum balas kepada orang yang menguasai kapal
terbang (saya anggap tentera tidak tahu ia adalah pembawa bendera
Malaysia pada masa itu). Atau ia adalah OK untuk terbang ke atas wilayah
Malaysia tanpa kebenaran/pelepasan sebelumnya," katanya.
Shirsath percaya kerajaan Malaysia menyembunyikan lebih banyak maklumat
daripada keluarga dan orang ramai berikutan kenyataan terkini itu.
"Jika mereka mempunyai sebab untuk menyembunyikan maklumat, mereka perlu
memberitahu kita dan mungkin kita akan cuba memahami mereka,” katanya.
Shirsath berkata, imej Malaysia rosak ekoran cara kerajaan menangani tragedi itu.
Beliau hairan bagaimana orang yang memerintah negara ini dan mereka yang
bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat masih kekal
berkuasa.
"Bagaimana rakyat Malaysia boleh bertolak ansur dengan kesilapan ini?
Mereka mesti meletak jawatan dan orang yang lebih jujur harus mengetuai
siasatan. Ia masih tidak terlalu lewat, mereka perlu memberitahu semua
perkara kepada kita, hentikan salah urus media dan keluarga dan pastikan
semua penumpang dan anak kapal kembali ke rumah mereka dengan selamat
dan kami akan memaafkan mereka, " katanya.
Sarah Bajc, rakan Philip Wood, penumpang pesawat malang itu juga
berkongsi sentimen sama dan berkata ia tidak munasabah dan berbahaya
bagi mana-mana pemerhati penerbangan awam atau tentera untuk tidak
mengambil kira kapal terbang yang tidak dikenali.
"Saya percaya rakyat Malaysia dan siasatan ke atas MH370 akan lebih baik
jika Hishammuddin meletakkan jawatan. Tekaan saya adalah, semua pihak
rasa begitu tetapi saya tidak akan anggap saya bercakap untuk orang
lain," katanya.
Syafinaz Hasnan, adik perempuan kepada anak kapal M370 Mohd Hazrin berkata, kenyataan Hishammuddin tidak sensitif.
"Saya amat sedih dengan cara kerajaan menangani isu tentera ini. Mereka
juga sangat keliru dengan maklumat songsang mereka sendiri. Sekarang
semua orang tahu bagaimana tidak cekapnya mereka dan bagaimana
terdedahnya negara kita," katanya.
Sementara itu, KS Narendran, suami Chandrika Sharma, salah seorang
daripada lima warganegara India di atas kapal MH370 itu berkata,
pendirian menteri itu agak keterlaluan.
Beliau berkata, apa yang berlaku menunjukkan kecuaian dan ketidakcekapan
berganda oleh pelbagai pihak berkuasa dalam menangani tragedi M370.
Beliau menggesa Hishammuddin berhenti mempertahankan mereka dan tidak
mempertahankan mereka yang tidak boleh dipertahankan termasuk menutupi
kelemahan tentera.
Beliau berkata, orang ramai tidak mudah dipengaruhi walaupun Hishammuddin kelihatan mampu atau penuh keyakinan di televisyen.
"Keluarga yang terjejas dan dunia amnya berhak mendengar kebenaran dan
satu-satunya cara kerajaan boleh lakukan adalah dengan menolak untuk
menjadi ejen mereka yang berkepentingan dan minta dilindungi, memohon
maaf untuk kelemahan tertentu dan memindanya,” katanya.
Sementara itu, Lokman Mustafa, yang mempunyai kakak di atas pesawat itu
berkata, kekurangan tindakan daripada tentera hanya menunjukkan
mentaliti mereka sehingga menyebabkan pencerobohan Lahad Datu.
"Sama ada tentera kita tidak cukup rasa ingin tahu, atau hanya malas,
yang sudah tentu bermakna pengabaian tugas. Atau lebih teruk lagi,
mungkin ini satu konspirasi untuk menyembunyikan sesuatu.
"Cuba bayangkan, jika kita mendengar bunyi yang pelik di atas bumbung
kita, kita tentu keluar untuk memeriksa apa yang menyebabkannya.
"Tentera kita dibayar untuk memastikan keselamatan kita, mereka perlu
pastikan kapal terbang itu musuh atau sebaliknya. Hanya kerana 'kita
tidak berperang dengan sesiapa' tidak bermakna kita harus membenarkan
mana-mana pesawat menceroboh ruang udara kita dan secara senyap meluncur
ke laut, kerana ia mungkin penceroboh Lahad Datu sekali lagi, atau
MH370 (yang hilang pada masa itu). Tetapi saya rasa sesetengah orang
tidak pernah belajar," katanya.
Bercakap dalam program Four Corners pada Isnin, Hishammuddin berkata
tentera tidak menghantar kapal terbang untuk menyiasat kerana "ia tidak
dianggap sebagai objek musuh dan sia-sia jika anda tidak akan
menembaknya".
Beliau mempertahankan kegagalan tentera menghantar jet pejuang selepas
penerbangan MH370 hilang dari radar awam pada 8 Mac apabila transponder
berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing
di sekitar jam 1:21.
Radar tentera mengesan pesawat itu selepas ia membuat pusingan U, berpatah balik dan bergerak arah barat semenanjung.
"Jika anda tidak akan menembak, apa guna menghantarnya (jet pejuang),"
kata Hishammuddin dipetik sebagai bertanya dalam program itu.
Kelewatan dalam mengenal pasti lokasi Boeing 777-200ER itu membawa
kepada pencarian berhari-hari di Laut China Selatan sebelum analisis
firma satelit British, Inmarsat, berkata mungkin ia menuju Lautan Hindi.
Hishammuddin berkata, jika pesawat itu ditembak jatuh dengan 239
penumpang dan anak kapal: "Saya berada dalam kedudukan yang lebih buruk,
mungkin.”
Beliau berkata, dia dimaklumkan tentang pengesanan radar tentera dua jam
kemudian dan disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
yang kemudian mengarahkan pencarian di Selat Melaka.
Ini merupakan kali pertama
Malaysia berkata, pihak berkuasa penerbangan awam meminta tentera
memerhatikan pesawat - fakta yang tidak disebut dalam laporan awal lima
muka setelah kehilangan kapal terbang yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pengangkutan pada 1 Mei .
Laporan awal yang banyak dikritik tidak menyebut tentang arahan pihak
berkuasa penerbangan awam kepada tentera untuk memantau pesawat.
Sebaliknya, laporan ringkas itu, yang dihantar kepada Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mendedahkan kacau-bilau empat jam
pertama selepas komunikasi antara pengawal trafik udara Malaysia,
syarikat penerbangan dan lain-lain pengawal trafik udara serantau
terputus dengannya sebelum pencarian dimulakan.
Pihak berkuasa Malaysia dikritik hebat atas pengendalian siasatan
pesawat yang hilang itu oleh media antarabangsa, ahli keluarga penumpang
dan anak kapal dan menuduh mereka menyembunyikan sesuatu dan
melambatkan maklumat kepada orang ramai.
Satu kajian oleh The Malaysian Insider bulan lalu menunjukkan lebih
separuh daripada warga Malaysia yang ditinjau percaya Barisan Nasional
(BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan penerbangan MH370 itu.
Daripada 1,029 responden yang ditinjau dalam Tinjauan The Malaysian
Insider yang dijalankan oleh Merdeka Center, 54% berkata Putrajaya tidak
telus dalam melepaskan maklumat mengenai penerbangan MH370 yang hilang
pada 8 Mac.
Sebagai maklum balas kepada soalan sama ada mereka berpendapat Putrajaya
boleh dipercayai atau menyorokkan apa-apa mengenai MH370, 54% daripada
responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata
kerajaan benar manakala 20% tidak pasti. ~tmi
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.