TERKINI !!
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah
Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari UMNO mengisytiharkan diri
mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid.
Beliau berkata walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO ialah bekas menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Azhar ketika dihubungi BERNAMA, berkata speaker DUN turut dikira bersama 14 ADUN BN yang masih tinggal dan dengan itu kerajaan BN masih kekal memerintah negeri ini.
Selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar semalam, ADUN Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu, malam tadi. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.