Celaka sungguh Mahathir jika betul apa yang ditulis oleh Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope ini
KUALA LUMPUR: Bekas
Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Ani Arope
mendedahkan perancangan ‘Black Out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang
bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.
Perkara
itu dinyatakan dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143
surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi
(EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB
menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada
pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.
“TNB
mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan
membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah
dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia
untuk membina loji.
“Tetapi
kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami
diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua
bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi
‘black out’,” katanya dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini
mengenai apa yang berlaku pada tahun 1992.
Katanya,
TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan
kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga
berkenaan.
Menurut
Ani, selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit
(kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan
elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj
dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.
Katanya,
tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta
pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar
kenaikan tarif elektrik.
“Selepas
itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta
kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang terpaksa meletak
jawatan sejurus selepas kejadian itu. Beliau berpendapat perjanjian itu
adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.
Berdasarkan
laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah
RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.
Subsidi
itu menyebabkan kontroversi kerana lebih 40% daripada lebihan kapasiti
yang dijana setiap tahun adalah sia-sia kerana Malaysia tidak memiliki
teknologi menyimpan bekalan.
“Dengan
fasal ambil-atau-bayar dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita
ada hari ini, seseorang hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan
seseorang dan dibayar 80 peratus daripada kapasiti yang dipersetujui.
Syabas EPU – Unit merampas Ekonomi,” tambah Ani Arope dalam statusnya di
Facebook.
PPA
menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993
berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994. TNB terpaksa menaikkan tarif
elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.
Syarikat
pengeluar tenaga yang telah mendapat kadar keuntungan sehingga
berbillion ringgit adalah Genting Sanyen Power Sdn. Bhd, Powertek
Berhad, Segari Energy Ventures Sdn. Bhd SEV 2nd, YTL Power Generation
Sdn. Bhd, ARL Tenaga Sdn. Bhd, TNB Janamanjung Sdn. Bhd, Teknologi
Tenaga Perlis Konsortium Sdn. Bhd, Prai Power Sdn. Bhd, GB3 Sdn. Bhd dan
Tanjung Bin Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.