Followers

Thursday, May 1, 2014

BATAL PEMILIHAN JIKA TERBUKTI ADA PENIPUAN - ANWAR



PETALING JAYA 29 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan menangguh atau membatalkan undian kepada individu yang didapati menipu semasa pemilihan parti.


Jelasnya lagi tindakan tersebut akan memperlihat jawatankuasa tersebut lebih telus dan tiada kompromi dengan mana-mana pihak termasuk pimpinan tinggi parti.

“Kita bukan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melindungi yang salah. Kita tegas tak kira siapa.


“Wujud unsur kecuaian mahupun penipuan, JPP perlu menangguhkan segera pemilihan dan membatalkan undian yang telah dibuat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.


Kata Anwar, JPP mampu menjalankan tanggungjawab kerana jawatankuasa tersebut sebuah badan yang tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana pihak.


  
“Kita telah arahkan siasatan segera dilakukan sebaik sahaja ada aduan penipuan diterima. Saya tegaskan kita berkecuali dan tidak akan melindungi sesiapa.

“Saya yakin JPP mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. JPP bukan seperti SPR, mereka tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak.” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.