ISMA tidak berdakwah. Itu nombor wahid. ISMA bukan kerjanya berdakwah. Ia malah menghindar dan membantutkan kerja-kerja dakwah orang lain.
Ini dosa ISMA yang harus ditanggungnya sampai mati.
Dosa ini
tidak akan terampun selagimana para pendakwah yang digagalkan ISMA tidak
mengampunkan dosa mereka.
ISMA ini ibarat tikus membaiki labu. Sepatutnya tikus-tikus ini diberi makan racun sebelum sempat menyentuh labu.
Kemarahan kita terhadap ISMA ini lain macam betul. Pun begitu masih ada dua tiga kerat umat ini yang merasakan bahawa ISMA ini benar kata-katanya. Mereka ini sesat dan telah berpaling daripada agama.

Mereka juga turut menanggung dosa menggagalkan dakwah orang lain. Malah
lebih berat, mereka ini barangkali menanggung dosa membikin umat Islam
sendiri berpaling daripada agama.
Bukan sedikit umat yang membelakangi agama dalam keadaan yang tidak perlu disuruh-suruh. Mat rempit kaki minum todi dan berdagang perempuan pun tidak perlu disuruh-suruh untuk berpaling daripada ajaran agama.

Tetapi ISMA mudah sahaja menjadi punca, membenihkan benci dan meluat
umat Islam sendiri, dan langsung perlahan-lahan menjauhi Islam. Ini dosa
ISMA yang kalau Nabi masih ada, pasti ditempelengnya orang ISMA ini
semua.
Kebencian yang ditanam oleh ISMA terhadap orang Cina terutamanya membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana Cina Muslim seperti Ridhuan Tee contohnya menanggapi kebencian ISMA itu.
Kebencian yang ditanam oleh ISMA terhadap orang Cina terutamanya membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana Cina Muslim seperti Ridhuan Tee contohnya menanggapi kebencian ISMA itu.
Atau adakah dengan masuk Islam
maka semua Cina bertukar jadi Melayu?
Banyak persoalan boleh dilontarkan ke telinga-telinga pekak gerombolan ISMA yang bongkak.
Banyak persoalan boleh dilontarkan ke telinga-telinga pekak gerombolan ISMA yang bongkak.
Antaranya termasuk persoalan seorang Cina Muslim yang bertanyakan apakah kebaikan yang muncul daripada tindakan pak-pak ustaz ISMA mengeluarkan kenyataan perkauman yang membenihkan kebencian?
Jawapannya; pastilah tidak ada kebaikan sama sekali. Selain menimbulkan rasa tidak senang masyarakat, ISMA dengan cemerlang sekali membikin fitnah terhadap agama dan menyebabkan agama dipandang keji oleh segenap kelompok masyarakat.
ISMA sebenarnya menyebarkan dakyah agama baru. Agama ISMA ini hanya boleh dianuti Melayu.
Agama ISMA adalah agama perkauman yang memandang kaum sebagai faktor penting untuk membeza-bezakan manusia secara sosial dan ekonomi.
Agama
ISMA adalah agama politik yang mengagungkan asabiyyah.
“Telah bertanya seorang lelaki, wahai Rasulullah s.a.w adakah asabiyyah itu mencintai kaumnya? Sabda Nabi, tidak. Tetapi asabiyyah itu adalah seorang yang menolong kaumnya di atas kezaliman.”
“Telah bertanya seorang lelaki, wahai Rasulullah s.a.w adakah asabiyyah itu mencintai kaumnya? Sabda Nabi, tidak. Tetapi asabiyyah itu adalah seorang yang menolong kaumnya di atas kezaliman.”
“Bukan dari golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asabiyyah dan bukan daripada kami sesiapa yang membunuh (berperang) kerana asabiyyah dan bukan dari kami sesiapa yang mati di atas dasar asabiyyah.”
ISMA menghalalkan kezaliman terhadap golongan yang bukan sekaum dengannya. ISMA memandang jijik mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu. ISMA adalah perkumpulan manusia yang mendustakan ajaran Nabi dan mempergunakan nama agama untuk kepentingan sendiri-sendiri.
ISMA memperdagangkan nama Islam dan menyandarkan fitnah kepada nama Tuhan dan agama.
ISMA adalah pertubuhan paling berdosa terhadap umat Islam Malaysia. Pastinya sekalian musuh-musuh Islam yang ditentang ISMA itu sedang bertepuk tangan melihat telatah jemaah ini yang akhirnya melepaskan tembakan ke kaki sendiri dan mencacatkan usaha murni perkumpulan lain yang gigih mengajak orang supaya saling memahami, menyayangi dan berbuat baik sesama manusia tanpa menimbulkan rasa benci.
ISMA pastinya histeria jika ia menjejak tanah suci Mekah apabila mengerjakan umrah dan haji, lalu melihat berbondong-bondong umat Islam yang bukan Melayu sahaja di sana.
Ia pastilah akan berteriakan seraya
meroyan mahu pulang ke negara ISMA-nya yang hanya selayaknya diduduki
oleh Melayu-Islam.
Barangkali ISMA boleh bikin kaabah di Kuala Lumpur, supaya Melayu-ISMA boleh bertawaf secara aman tanpa perlu berlaga bahu dengan orang Islam berbilang kaum di Mekah sana.
Jadi pokoknya ISMA tidak membantu dakwah Islam. ISMA bukan Islam. ISMA adalah sebuah jemaah syok sendiri yang merasakan ia layak menjadi penguasa dengan bertanding sekadar tujuh kerusi Parlimen.

ISMA adalah
pertubuhan picisan yang selayaknya diketawakan dan dicerca kerana kerja
buatnya yang menjauhkan orang daripada Islam.
ISMA ni kumpulan tidak
sedar diri yang tidak menyedari bahawa tanpa kalimat ISMA, perkataan
KRISMAS pastinya tidak boleh dieja lengkap.
ISMA berdosa. ISMA berdosa besar. Semoga ISMA segera sujud dan bertaubat. – Roketkini.com
ISMA berdosa. ISMA berdosa besar. Semoga ISMA segera sujud dan bertaubat. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.