Di sebalik kekecohan pemilihan cabang PKR Selangor sehingga
menyebabkan 10 daripada 22 cabang ditangguhkan, penyandang Timbalan
Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) masih selesa berada di kedudukan
teratas senarai perebutan jawatan itu.
Azmin masih mendahului dengan 15,724 (46%) undi, meninggalkan pesaing terdekat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperoleh 10,851 (32%) undi dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail 7,609 (22%).
Manakala bagi kerusi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari juga masih kekal mendahului dengan jumlah undi 3,098 (44%).
Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad pula mendapat jumlah 2,411 undi (33%) dan Nazree Yunus berada di tempat tercorot dengan1,610 (23%) undi.
Manakala bagi jawatan Ketua Wanita, persaingan sengit antara penyandang Zuraida Kamaruddin yang mendapat 4,920 (51%) undi, beza hanya 2% berbanding penyandang Timbalannya Rodziah Ismail dengan 4,868 (49%) jumlah undi.
Angka terbabit merupakan jumlah kiraan undi tidak rasmi setakat hari ini termasuk cabang di Selangor yang masih sah pemilihannya, antaranya Petaling Jaya Utara, Gombak, Serdang, Puchong, Tanjung Karang dan Ampang.
Sementara itu, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai insiden kekecohan yang berlaku di beberapa cabang PKR Selangor termasuk cabang yang ditandinginya di Kuala Selangor.
Khalid berkata, beliau tidak akan memberikan kenyataan terbuka sebaliknya mahu hadir ke mesyuarat Biro Politik PKR malam ini untuk mendengar penjelasan.
"Saya tak boleh buat kenyataan. Perkara ini akan dibincangkan Biro Politik malam ini, tak boleh bincang sendiri-sendiri," katanya.
Mengenai cadangan Azmin yang mahu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantikan dengan Jawatankuasa Khas Pemilihan, Khalid mahu perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik malam ini.
Cadangan itu dibuat Azmin selepas berpendapat JPP gagal menguruskan proses pemilihan dengan cekap dan telus.
Seperti sudah menjangkakan kekecohan dan pembatalan pemilihan akan berlaku sebelum hari kejadian, Azmin berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan PKR Pusat dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
"Ada baiknya jika jawatankuasa itu bebas dan dibantu pegawai yang profesional," katanya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Isnin lalu.
Ahad lalu, berlaku kekecohan membabitkan sekurang-kurangnya 12 pemilihan cabang di Selangor namun Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul memutuskan hanya 10 cabang yang digantung pemilihan.
Sepuluh cabang terbabit adalah Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor, dan Kapar.
Semalam di cabang Kota Raja, berlaku kekecohan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas sehingga memaksa pembatalan undi dibuat.
Difahamkan, insiden bermula apabila kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan dan cuba merempuh masuk ke dalam dewan, namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas.
Tidak berpuas hati kerana dihalang, kumpulan berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan selain bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan.
Kejadian itu memaksa campur tangan polis yang bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, di cabang Hulu Selangor berlaku perbezaan jumlah undi apabila kiraan awal mendapati terdapat 1,370 kertas undi dalam peti sedangkan jumlah yang keluar mengundi hanya 1,074.
Manakala di cabang Sepang, difahamkan kekecohan berlaku sehingga tumbuk-menumbuk dan kertas undi ditaburkan ke lantai.
Di cabang PKR Selayang berlaku kekecohan ekoran kejadian peti undi dilarikan ketika proses pengundian sedang berlangsung.
Sementara itu, Johari berkata pihaknya masih belum menetapkan tarikh pemilihan semula kerana tidak mahu tergesa-gesa dan perlukan masa untuk siasat bukti yang ada dengan lebih teliti.
Pada masa sama memberi tempoh bertenang kepada ahli cabang bermasalah menilai semula tindakan mereka sebelum bersedia untuk keluar semula mengundi.
Sebelum ini, 17 cabang PKR diseluruh negeri turut dibatalkan; antaranya Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit, Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau dan pemilihan semula akan diadakan pada 17 Mei ini.
Mengikut Perlembagaan PKR, JPP mempunyai tempoh menyelesaikan isu pemilihan sehingga tempoh penggal kepimpinan sedia ada luput pada November ini. –TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.