PUTRAJAYA - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan
perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim@Osman
Ahmad atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak
berkuasa agama Februari lalu.
Hakim Syarie Azzeman Omar membuat keputusan itu selepas peguam bela, Rosli Dahlan dan Zaini Zainul membuat bantahan awal ke atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie, Ibrahim Idris untuk meminda dua pertuduhan itu dan menambah satu pertuduhan baharu.
Azzeman menetapkan 17 Julai depan sebagai keputusan terhadap bantahan awal yang diarahkan dihantar secara bertulis pada 26 Mei ini dan dijawab oleh pendakwa dua minggu kemudian.
Kassim didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap pada Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 Februari lalu di Presint 8 di sini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Marina turut hadir pada prosiding hari ini.
- kosmo.com.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.