Followers

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said cipta sejarah baru di Terengganu - Oleh Dr Azman Ibrahim


PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri.

Dari awal pagi semalam lagi pelbagai komentar telah kita terima.

Apalah PAS Terengganu ni, lembab, tak bijak berpolitik, tak pandai mengurus krisis, peluang terhidang di depan mata, gi lah bawak Mat Said jumpa Tuanku, putus segera calon MB dari PAS dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari komentar ini menyebabkan kita tersenyum membacanya. Saya selalu ingat pesan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, “Orang yang ikut kita kerana marah, sampai masa bila rasa marah dah reda, dia akan pusing balik… Kalau orang ikut kita kerana faham, dia akan kekal istiqamah.”

Kenapa Mat Said and The Gang yang 3 orang tu tulis surat keluar Umno? Tentunya kerana kecewa dan marah sampai tersalah ejaan dalam surat. Sampai bila dia nak marah? Tak kan sampai ke mati! 

Umno dah jadi darah daging mereka. Rezeki mereka Umno yang bagi! Hati kecik saya dari semalam lagi berkata, mustahil awok-awok ni akan tinggalkan Umno! Ternyata telahan saya tak menyimpang jauh. Surat keluar Umno tersebut tak bertahan lebih dari tempoh 24 jam. 

Tentunya penarikan balik surat tersebut bukan dengan percuma. Bijak sungguh mereka keruhkan air kemudian tangguk sendiri. 

Mat Said pun tak ada keluar sebarang kenyataan menyatakan akan sokong PAS. Kita pun tak terhegeh-hegeh.

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Punca mereka keluar Umno pula adalah kerana marah. Marah pula sampai masanya akan reda kembali. Apa yang akan berlaku apabila kemarahan ini telah sejuk kembali? Apakah mereka akan balik semula kepada Umno atau menjadi Adun bebas yang mesra Umno?

Siapa yang boleh beri jaminan mereka akan terus setia dengan prinsip keluar Umno terutamanya apabila poket semakin menipis nanti? Ujian yang paling perit untuk dilalui oleh seorang pemimpin Umno ialah apabila poket mula kosong!

Bahaya dan sangat berisiko membentuk kerajaan dalam suasana sebegini. Kita tak punya RM10 atau RM20 juta untuk memancing kesetian mereka. Tapi Umno memiliki semua ini.

Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Said kerana anda mencipta sejarah baru dalam politik Terengganu. Semoga hanelang Datuk Seri berpanjangan.
-Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.