Nama Adun Seberang Takir ini telah dihantar ke Istana untuk dilantik sebagai MB terengganu yang baru
PETALING JAYA: Putrajaya
telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia
menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan
tertinggi di negeri itu.
Sumber
berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang
dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.
Difahamkan
dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif
Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan
dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Detik
perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri
Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau
akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di
negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun
selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu
berundur secara baik.
Terengganu
nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15
kerusi.
BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.
Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.
Surat
sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan
sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri
selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana
Menteri.
Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.