[HD] KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta
Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti
dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula
berkumpul sejak subuh lagi.
Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal
sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya
termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.
Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur
dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.
Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki
padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.
GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.
Laporan Langsung
4.30 PM: Penganjur mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan
doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Johor yang juga Adun Puteri Wangsa Ust
Abdullah Husin. Peserta dinasihatkan bersurai secara aman.
4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin.
"Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya.
"Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya
"Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.
Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih
lagi kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai
bila-bila.
"Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan
sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi," kata Anwar.
4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN.
"Kerana sikap pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.
Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim.
4.10 PM: AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan
Syed Shahir berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak Sampai
Tertunggeng".
"Najib kata, mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu.
"Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.
4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau
berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan
sampai Umno tumbang.
4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau
mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga
menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu selaku penganjur di atas kejayaan himpunan kali ini.
Beliau turut menggelarkan Mohamad Sabu sebagai "Imam jalan raya".
3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau
meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita
selesai, sempat solat Asar".
"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan
Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan
kepada Anwar.
3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula
berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".
Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang
miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.
"Himpunan ini adalah jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.