Followers

Monday, April 28, 2014

Zul Noordin.. Apa yang hang meroyan ni.. Syaitan...



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyuarakan harapan supaya Malaysia terus hidup bermaruah dan aman dan Datuk Zulkifli Noordin percaya kenyataan itu dibuat dengan memikirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Obama amat sedar kita mempunyai ketua pembangkang yang disabitkan kesalahan meliwat. Beliau amat tahu bahawa di negara barat yang mengamalkan demokrasi dihormati, sabitan seperti itu akan membawa kepada pengunduran sukarela pelakunya.

“Tetapi malangnya, di Malaysia 'Bolehland', orang yang disabitkan bersalah terus menjadi ketua pembangkang.

“Malah, Obama amat sedar bahawa ada beberapa banduan dalam pembangkang Malaysia, malah ada antara mereka berjaya menjadi Yang Berhormat,” katanya.

Menulis dalam blognya, bekas anggota Parlimen PKR itu berkata, Malaysia tidak boleh hidup secara terhormat jika Anwar terus menerajui blok pembangkang.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.