Followers

Tuesday, April 8, 2014

YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail angkat sumpah ADUN Kajang.


DS Dr Dr Wan Azizah Wan Ismail angkat sumpah ADUN Kajang.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang di hadapan Speaker Hannah Yeoh dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-13, hari ini.

Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi di bangunan Dewan Negeri Selangor, disaksikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Turut hadir dalam persidangan itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK) Datuk Mohamed Khusin Munawi, ahli exco negeri dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional.

Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil berkenaan selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah menang dalam PRK tersebut apabila menewaskan calon daripada BN iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. ~KD

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang di hadapan Speaker Hannah Yeoh dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor yang ke-13, hari ini.

Majlis berlangsung pada pukul 10 pagi di bangunan Dewan Negeri Selangor, disaksikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam persidangan itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK) Datuk Mohamed Khusin Munawi, ahli exco negeri dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional.


Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil berkenaan selepas dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah menang dalam PRK tersebut apabila menewaskan calon daripada BN iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.