Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama
menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini
dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak
hukum hudud..
Kenyataannya ini dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong
PAS yang kelihatan agak terkilan bilamana media-media tunggangan UMNO
menyiarkan laporan mengenai penolakan perlaksanaan hukum hudud oleh
Anwar Ibrahim..
Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud
hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap
jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.
Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak
ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak
tertentu.
Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat.
Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah
Syariah (2) Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu
sebelum permuafakatan diantara Pas, DAP dan KEADILAN.
Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat....
Ini laporan mengenai apa yang Njib kata di atas itu...
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia
dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu
diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan
tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan
tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk
memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan
hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,"
katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014
di Alor Setar hari ini.
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk
melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain
yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam
bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan,
mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang
betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud
pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan
syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan
keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.
"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem
pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta).
"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi
teras dalam Islam.
Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya.
Bernama.
Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya.
Bernama.
Tengok video di bawah ini.. dengar apa yang Najib katakan tentang perlaksanaan hukum hudud suatu masa lalu...
... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya
bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya
terhempas dilautan Hindi tapi berakhir dilautan Hindi.. ~asd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.