Followers

Thursday, April 3, 2014

USTAZ TUAN IBRAHIM MEMBELA ANWAR DAN SOKONG REFORMASI

 

MALAM tadi (02/4/14) bertempat di Cenderawasih, Kuantan, aku sempat menghadiri program Ceramah Anjuran PAS Indera Mahkota Kuantan sempena dengan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.  
 
Penceramah utama malam tadi adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Us Dato' Tuan Ibrahim sedang berucap
Seperti biasa di dalam ceramah beliau banyak pengisian tentang perjuangan Islam terutamanya di dalam kaedah berpolitik.  
 
Tetapi apa yang menarik perhatian malam tadi, beliau turut menceritakan tentang kezaliman yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim.  
 
Kezaliman yang dilakukan oleh rejim itu tidak pernah putus dan tidak pelik katanya negara kita sering dilanda dengan berbagai masalah.  
 
Mungkin peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar ada yang beranggapan tiada kena mengena dengan kesukaran dan bencana yang berlaku kepada negara sekarang, namun sebagai umat Islam kita harus melihat kepada apa yang Allah janjikan kepada pemerintah yang zalim.
 
Bersama Adun Beserah, YB Andansura dan Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Sebab itulah aku sejak dulu sentiasa menyokong perjuangan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, bukan kerana dia membela DS Anwar tetapi beliau amat sensitif dengan kezaliman yang berlaku terhadap sesiapa sekalipun.  
 
Sewaktu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ada rakan-rakan memberitahu aku mengapa aku mempromosikan sokongan kepada Us Tuan Ibrahim kerana beliau dianggap golongan Ulamak.  
 
Bagi rakan aku itu, golongan Ulamak di dalam PAS lazimnya tidak begitu suka kepada DS Anwar.
 
Aku katakan pada mereka, golongan yang anti dengan Anwar di dalam PAS hanyalah kumpulan "UG" yang bagi aku hanya tinggal beberapa kerat sahaja.  
 
Us Tuan Ibrahim bukan UG, bukan Anwarisme mahu pun kumpulan Erdogan di dalam PAS.  Pemikiran Us Tuan Ibrahim sama seperti Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang bijak menilai apa itu "Tahalluf Siyasi".  
 
Menyokong perjuangan Anwar bukan bermakna menggadai prinsip dan dasar PAS kerana Anwar sepanjang mengetuai PR tidak pernah mengusik jauh sekali mengganggu gugat prinsip dan dasar PAS.  
 
Apa yang berbeza cuma pendekatan yang ingin dibawa oleh Anwar adakalanya tidak dipersetujui oleh PAS.  Itu lumrah di dalam PR dan tidak kesemua tindakan PAS juga digemari oleh Anwar mahupun pemimpin PR yang lain.  
 
Namun kesemuanya ditangani dengan amat bijak sekali sehinggakan Umno/Bn seperti hilang punca untuk memisahkan PAS dan PKR, terutamanya Anwar.
 
Anwar perlukan PAS untuk memperkuatkan PR yang diterajuinya, begitu juga sebaliknya PAS perlukan Anwar untuk memperluaskan pengaruh PAS.  
 
Di dalam ceramah Us Tuan Ibrahim malam tadi, ternyata komitmen beliau terhadap menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap Anwar yang telah dihukum 5 tahun penjara. 
 
Rakyat harus bangkit menentang kezaliman ini kerana jika dibiarkan kezaliman berleluasa, bukan yang berdosa sahaja yang akan menerima bala bencana Allah malahan seluruhnya akan merasai sama kerana kegagalan kita menentang kezaliman.

Difahamkan pada Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 12 April 2014 (Sabtu) di Padang Kemunting, Kuantan nanti, Us Tuan Ibrahim akan hadir sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Reformasi.  
 
Janganlah ada di antara kita sentiasa bersangka bahawa ini semua hanya untuk peribadi Anwar.  
 
Anwar terlalu banyak berkorban untuk kita semua dan beliau kini telah bersedia untuk masuk ke kandang besi semula.  Namun, apakah kita hanya sekadar memerhati atau kita gembira dengan berita ini?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.