SHAH ALAM, 20
APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan
Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan
memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.
Bercakap kepada
pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan
Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan
air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hassan.
Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.
Memandangkan
kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau
memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.
“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya menerusi laporan akhbar Sinar harian.
Jelasnya lagi,
tawaran dibuat terlalu sedikit berbanding dengan keperluan keseluruhan
Selangor yang mana ia memerlukan sebanyak 100,000 juta gelen air sehari
selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.
“Ia ibarat pemberian 10sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.
“Jadi adalah
lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari
Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah
Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok
Kemang. Selangor Kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.