Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan?
Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit
dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak
menunjukkan sebarang keganjilan.
Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21
pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan
isyarat, juga terus menjadi misteri.
Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia
(MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis
transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder
dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan
misteri.
Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan
pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar
MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang
berlaku kepada pesawat itu.
Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya. ~mk
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.