Followers

Sunday, April 6, 2014

TLDM Akui Kapal Selam Malaysia Tidak Mampu Ke Lautan Hindi

 

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengulangi kenyataan pihak TLDM sebelum ini yang mempertahankan tindakan untuk tidak menghantar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak untuk operasi mencari pesawat MH370.
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kapal selam menggunakan diesel itu mempunyai keupayaan mencari dan menyelamat yang terhad.

"Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (menunjuk-nunjuk) sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif dari segi kos," katanya dalam laporan Utusan Malaysia.

"Tentera laut Australia juga sependapat dengan TLDM sebab itu mereka tidak mengatur gerak kapal selam diesel jenis Collins mereka.

"Namun sudah tentu kita menghargai dan berterima kasih kepada Britain kerana menghantar HMS Tireless.

"Kapal selam nuklear memiliki keupayaan berbeza berbanding kapal selam diesel.

"HMS Tireless boleh menyelam sehingga 90 hari bergantung kepada bekalan makanan tanpa perlu timbul pada kedalaman melebihi kapal selam diesel elektrik tetapi persoalan sama ada ia dapat membantu mencari serpihan kotak hitam MH370 adalah perkara kedua," katanya lagi dalam laporan Utusan Malaysia

Sementara itu, Pengarah Pusat Teknologi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Tharek Abdul Rahman berkata, kotak hitam yang telah tamat tempoh masih dapat dicari menggunakan peralatan sonar berfrekuensi rendah.

Alat itu juga katanya dapat mengesan badan pesawat yang saiznya lebih besar berbanding kotak hitam.

"Ini akan memudahkan pencarian sebab badan kapal terbang dibuat daripada besi yang peralatan sonar dapat membezakan pantulan daripada objek-objek lain dalam air," kata seperti dilapor Utusan, hari ini. - mkini





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.