Followers

Tuesday, April 8, 2014

TERSERLAH!!! Pemilihan PKR 2014: Apa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin Mahukan Sudah Terdedah? Jom Terjah!!!

 
Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyerang calon lawannya yang beliau tidak namakan, dan memberi amaran kepada calon Pemilihan PKR 2014 supaya tidak menggunkan pengaruh mereka bagi meraih undi. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2014. Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyerang calon lawannya yang beliau tidak namakan, dan memberi amaran kepada calon Pemilihan PKR 2014 supaya tidak menggunkan pengaruh mereka bagi meraih undi. Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyerang calon lawannya dan memberi amaran kepada calon Pemilihan PKR 2014 supaya tidak menggunakan kedudukan mereka dalam negeri untuk mendapatkan sokongan akar umbi.
Zuraida mendakwa ada aduan wujudnya unsur salah guna kuasa oleh calon di Selangor yang menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan negeri bagi meraih publisiti untuk memancing undi.
"Kita tidak mahu mereka menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti.
"Jangan gunakan kuasa itu, parti (pusat) juga ada kuasa...(jadi) pergelutan mungkin ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat, sebaliknya mahu jawatankuasa pemilihan menyiasat dakwaan tersebut.
Zuraida kini dicabar oleh bekas timbalan beliau, Rodziah Ismail untuk jawatan Ketua Wanita PKR.
Rodziah adalah Exco kerajaan negeri Selangor untuk dua penggal berturut-turut.
Mengulas mengenai timbalannya, Rodziah yang mahu mencabar kedudukan beliau, Zuraida menasihatkan supaya beliau terus fokus dengan tanggungjawab mengurus tadbir negeri sahaja dan mempertahankan Selangor daripada serangan Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, kredibiliti Rodziah diragui apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu sebelum ini jarang turun padang dan mendekati Wanita.
"Saya hendak nasihatkan beliau supaya lebih mendekatkan diri dengan akar umbi setiap masa dan bukan hanya ketika waktu pemilihan sahaja.
"Sekiranya ada kesungguhan, tidak menjadi masalah, tetapi saya tidak nampak dalam penggal yang lepas dia melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan," katanya.
Mengetuai sayap Wanita sejak tahun 2007, Zuraida turut menyatakan kesediaannya untuk berundur pada penggal akan datang dan mahu menjadikan pemilihan kali ini sebagai penggal terakhir menggilap pelapis yang mampu memimpin Wanita ke arah lebih baik.
"Ini penggal terakhir saya. Ia bukan satu kerja mudah. Saya sudah penat mengumpul tenaga kerja dan menggerakkan jentera, tetapi disebabkan perjuangan saya masih tetap bersama Wanita, saya dapat melihat mereka melonjak lebih jauh," jelasnya.
Antara pencapaian terbesarnya adalah menjadikan kuota 30% penglibatan Wanita sebagai salah satu perkara dalam perlembagaan parti, menubuhkan Srikandi bagi menarik minat golongan muda bawah 30-an serta memberi pendedahan kepada golongan wanita agar aktif memahami dunia politik.
Ditanya mengenai pelapis, Zuraida berkata masih belum ada calon paling layak yang memenuhi kriteria beliau dan dapat membuktikan kesungguhan memajukan Wanita.
"Strategi pada penggal yang lepas, saya meletakkan timbalan untuk menjaga zon secara bergilir.
"Nampaknya atas sebab tertentu, mereka tidak dapat menjalankan tugas (parti) kerana mereka adalah Adun dan Exco yang baru memegang jawatan, masih lagi belum mahir dan amat tertumpu kerja sebagai wakil rakyat.
"Jadi mereka tidak dapat melaksanakan kerja membantu mengukuhkan Wanita. Maka saya tidak ada pengganti," luahnya.
Namun beliau melihat penyandang Naib Presiden Wanita PKR, Haniza Talha mempunyai potensi besar dan mahu memastikan bekas Timbalan Speaker Selangor itu bersedia mengambil alih sayap Wanita pada penggal akan datang.
Selain Haniza yang bertanding untuk timbalan, Zuraida turut menampilkan barisan gandingannya dengan Exco Selangor Dr Daroyah Alwi, Wanita PKR Johor Tan Poh Lai serta G Sivamalar.
Membawa tema 'Terus Mara', beliau yakin pemilihan kali ini mampu berjalan dengan lebih baik dengan sistem yang terancang berbanding 2010, selain mengharapkan persaingan sihat daripada peringkat cabang sehingga ke pusat.
"Saya berharap pada pemilihan kali ini, calon yang terbaik akan menang, agar parti lebih kukuh kerana suara Wanita juga penting untuk menentukan corak masa depan politik negara," katanya yang menganggarkan PKR kini mempunyai kira-kira 30,000 ahli Wanita berdaftar. 
 
TMI– 8 April, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.