Ek
eleh. Kau ingat negara Malaysia nih hak mutlak engkaukah Najib. Suka
hati rakyatlah nak tukar ataupun tidak. Terimalah kenyataan rakyat dah
meluat dah dengan kamu Najib. Boleh menunaikan apa??? part inilah yang
buat aku nak termuntah.
Janji BR1M RM1,200 berapa kau bagi ???
Janji harga kereta turun sampai sekarang tak nampak lagi ???
Janji bantuan persekolahan RM150 berapa kau bagi ???
Minyak naik ???
Gula naik ???
Astro naik ???
Eletrik naik ???
Bukan isu bersyukur ataupun tidak sekarang nih. Isunya janji, kau Islam dan kau tahu apa hukum orang memungkiri janji. Boleh
jalan da dengan lu punya tunai janji, perubahan dan pembangunan.
Aku
lebih rela kalau BN kekal tapi kena tukar PM Najib kepada orang lain.
Dah susah sangat PR nak menang tipu sana tipu sini.
Apalah
dia nih nak banggakan sangat. Pembangunan apa yang dia nih buat,
harapkan UTC, hutang sampai 300 bilion sorang dia saja nak sembang
deras.
Ingatlah sikit kamu naik jadi PM pun bukan atas pilihan rakyat
tapi atas kejatuhan Pak Lah.
Bernama :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak
sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.
Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.
"Kita
jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting
kita nak perubahan dan kemajuan... buat apa nak tukar sekiranya parti
(Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan
kemajuan, jadi buat apa nak tukar.
"Sebab kalau
kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh
tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak
tukar tapi kena tahu kesudahannya," kata Najib.
Beliau berkata
demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan
Tanah Kelompok Seri Damai, dekat Kuantan hari ini.
Najib yang juga
Ahli Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas
digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan
seperti yang yang diharapkan.
Katanya rakyat
sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi
memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 akan tercapai.
Tikaqbuloh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.