Ramas Payudara Penumpang Didepannya,
Mabuk Punya Hal..
Kanan, gambar hiasan sahaja..
LONDON: Seorang penumpang
lelaki ditangkap sedang meramas payu dara penumpang wanita selama lebih
lima minit ketika mangsanya itu sedang tidur dalam pesawat British
Airways penerbangan dari sini ke San Francisco, baru-baru ini.
Portal berita The Mail Online melaporkan, wanita itu yang
identitinya dirahsiakan oleh pihak polis, sedang tidur apabila suspek
yang bernama Vinay Pochampally, yang berada di tempat duduk belakang
mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju wanita itu dan mula meramas
buah dada mangsa.
Dia
melakukan perbuatan itu selama lebih kurang empat hingga lima minit di
hadapan penumpang-penumpang yang lain.
Yang menghairankan ialah walaupun
insiden itu disaksikan oleh
beberapa penumpang mereka tidak pula melakukan apa-apa tindakan untuk
menghalang perbuatan suspek.
Bagaimanapun mereka melaporkan kejadian itu
kepada krew kabin yang kemudiannya datang menghalangnya dengan serta
merta.
Insiden
itu dilaporkan berlaku dua jam selepas pesawat Boeing 747, BA285
berlepas dari sini pada 15 April lalu. Pochampally dilaporkan berada
dalam keadaan mabuk ketika itu.
Menurut portal itu lagi, mangsa
menduduki barisan kerusi yang mempunyai laluan kecil di belakangnya.
Pochampally, mengambil kesempatan dari ruang kecil yang kosong itu
untuk berdiri di situ dan kemudian melakukan perbuatan terkutuk itu.
Apabila mangsa terjaga dari tidur, Pochampally dengan segera menarik
tangannya keluar dari baju wanita berkenaan dan terus bergegas menuju ke
bahagian belakang pesawat.
Krew pesawat kemudiannya mengarah Pochampally duduk di tempat duduk
berlainan di belakang pesawat sepanjang perjalanan 10 jam itu.
Sebaik
sahaja mendarat di San Francisco, krew pesawat telah melaporkan
kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan. Kes itu sekarang dirujuk
kepada Mahkamah Persekutuan San Francisco.
British Airways mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, sekilas mengenai arak..
Mengapa Islam Mengharamkan Arak?
Larangan
arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah
menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan
yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial
dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian
meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap.
Sila rujuk ayat di bawah ini :
- Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).
- Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).
- Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).
Larangan
minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan
dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga
turunlah ayat di bawah ini :
- Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak.
Bible juga melarang meminum arak, seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:
III. Kesan minum arak.
- Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)
- Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)
- Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)
III. Kesan minum arak.
1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang
manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana
pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau
saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka
kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu
sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan
harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal
kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai
kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.
2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak. Mengikut
soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun
1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan
kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan
pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika
melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan
sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit
utamanya adalah peminum arak.
3.
Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka
hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat
kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut
kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada
seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati.
Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat
kawal diri tidak pernah mabuk.
4.
Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan
menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan
sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang
mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan
pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan
tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat
ditebus semula.
IV. Arak, kata Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW berpesan :
- Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)
- Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)
- Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
- "Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak.
- Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).
V. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai
hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian
tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit
yang disebabkan minum arak seperti :
- Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak
- Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.
- Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.
- Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.
- Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak
- Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.
- Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak
- Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.
- Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,
- Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.
Di Malaysia, sepatutnya pembasmian arak
atau 'kencing syaitan' itu perlu dikuatkuasakan sama seperti dadah.
Bahkan arak lebih bahaya lagi, kerana penagihnya kebanyakan
pemimpin-pemimpin, konglomerat-konglomerat yang 'keparat' dari sudut
agama-agama di dunia. (IH)
Ibnu Hasyim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.