MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku
Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran
saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin
keselamatan pelancong.
Selain itu, Ghapur (kanan)
juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya,
susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang
pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai
Semporna.
"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.
“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti
rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka
perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang
menjadi pertikaian itu.
"Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk
memperbaiki keselamatan demi membina semula imej pelancongan di Sabah.
"(Ini kerana sudah) 50 tahun Sabah menyertai Malaysia. Sabah berasa
bimbang dengan ancaman luar, maka ia adalah faktor kita sertai
Malaysia," katanya.
Wong juga membangkitkan isu masalah kad pengenalan di Sabah yang turut berkait dengan faktor keselamatan di negeri itu.
Katanya, mencadangkan laporan dan syor suruhajaya siasatan diraja (RCI)
berkaitan pendatang asing Sabah diumumkan segera memandangkan
pengumumannya ditangguhkan beberapa kali.
Perkara itu disokong oleh Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) yang
turut mengambil bahagian membahaskan usul penambahbaikan Esscom.
Bos Esscom tiada kuasa
Mengulas langsung mengenai Esscom, Ghapur berkata, masalahnya bermula
apabila ditubuh dan diketuai orang awam yang tidak boleh memberi arahan
kepada anggotanya daripada polis, tentera dan pasukan maritim.
“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.
MP Bintulu kemudian mencelah dan mencadangkan satu akta diwujudkan
supaya Esscom bawah satu komander dan diletakkan bawah pengawasan
perdana menteri.
Ghapur
kemudian mencadangkan supaya Esscom dibubar, diletak bawah pengawasan
Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan
Kassim (BN-Arau) pula tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya
mencadangkan penambahan aset untuk membuat rondaan laut di pulau-pulau
di sekitar Semporna.
"Aset itu mampu membuat rondaan dan memintas puak-puak (penjenayah) ini," katanya.
Beliau juga menjelaskan kerajaan dengan kerjasama anggota Esscom
melancarkan gerakan menyemak taraf kewarganegaraan pengusaha dan pekerja
resort.
Selain itu, Shahidan (atas) yang juga bekas menteri besar Perlis
berkata semua cadangan yang dibangkitkan oleh MP akan diambil tindakan
sewajarnya oleh kerajaan.
Pj Blogspot.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.