Followers

Friday, April 18, 2014

Saifuddin: Umno-BN berniat jelas ingin penjara Anwar

 
Saifuddin-Nasution_small
SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Safuddin Nasution Ismail menyifatkan Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja.

Katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum PKR itu ke dalam penjara.
“Umno ingin lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak PKR.

“Itulah sifir daripada Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahathir lagi,” kata yang dipetik daripada Keadilan Daily ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin dalam Program Reformasi 2.0 di Padang Besar, semalam.

Katanya, Umno-BN hanya akan menggunakan satu cara sahaja iaitu memasukan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan mahu rakyat Malaysia menolak PKR dan terus menyokong Umno BN.

“Bukan sahaja Anwar yang dimsukkan penjara, berbaris pimpinan Pakatan Rakyat akan dimasuukan penjara. Rafizi kena ,Anthony loke kena, habis semua orang dia nak masukkan dalam penjara,” katanya sambil laungan takbir dan Reformasi.

anwar1 

“Mereka tak ada fikir lain. Penjara Anwar, penjara Anwar. Hukuman lima tahun kena tambah 20 tahun. Mereka tak nak Anwar cakap dengan rakyat. Mereka nak perintah sampai khiamat,” katanya.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, harapan kini terletak di tangan anak muda yang nenjadi kelompok penentu hala tuju sosio, ekonomi dan politik di negara ini.

“Perubahan yang sangat ketara adalah sokongan daripada anak muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.