Followers

Wednesday, April 23, 2014

Rafizi kena menikah dengan orang Sarawak kata Pegawai Imigresen.


 Tindakan bermotif politik KM Sarawak Tan Sri Adnan Satem juga dari spesis Taib Mahmud cuba menghalang pemimpin pembangkang yang sah masuk Sarawak.

KM Menteri itu menggunakan imigresen cuba ‘merencatkan’ persediaan PKR bagi Pilihan Raya Kecil Sarawak dengan menyalahgunakan kuasa membuat larangan tersebut.


 
“Saya akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching dalam masa terdekat untuk mencabar salah guna kuasa ini di mahkamah,” kata beliau dipetik Malaysiakini dalam sidang media hari ini.


Rafizi turut mendakwa, seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri berkata Jabatan Imigresen telah diberi arahan untuk menguatkuasakan larangan masuk itu tanpa budi bicara.

“Maknanya pegawai imigresen akan diambil tindakan jika saya berjaya menjejakkan kaki ke tanah Sarawak.

“Pegawai itu kata saya perlu kahwin dengan orang Sarawak untuk dibenarkan masuk ‘atas pertimbangan budi bicara,” kata beliau yang mendakwa telah merakamkan perbualan tersebut.

Ekeeleh.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.