Followers

Tuesday, April 22, 2014

Punca Najib Sembunyi Maklumat MH370 Tersebar?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu.

Sehingga kini tidak ada apa-apa yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah Perdana Menteri sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.

Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas, muncul pula ayat pusing "berakhir" tak berhenti "terhempas".

Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi,  sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan pertembungan permainan kuasa besar di sebalik misteri kehilangan pesawat tersebut?

Media arus perdana cuba mengenepikan kajian pendapat sebuah badan bebas mengenai kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sendiri terhadap kerajaan, khususnya Najib dan sepupunya Hishammuddin tidak telus dalam mengendalikan isu MH370.

Namun hasil kajian ini merupakan gambaran sebenar bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia.Awal April lagi, SAMM sudah menegaskan simpati kepada Najib yang tersepit dalam pertembungan politik kuasa besar yang akhirnya memangsakan MH370.

SAMM juga mengingatkan Najib bahawa sesungguhnya dia tidak mampu berdepan sendirian dan dia lemah, maka tampillah didepan rakyat untuk bercakap benar.

SAMM menulis kenyataan ini untuk sekali lagi menaikkan persoalan yang sedang berlegar di seluruh dunia, iaitu, apa isi muatan kargo MH370 dan kenapa senarai manifest kargo serta senarai lengkap penumpang yang check-in dipadamkan dari sistem dan semua dokumen bercetak dirampas?Apa yang cuba diselindungkan? ~tmi


Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.