Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua
Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering
mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan
yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan
gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan
ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending
Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan
yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’
agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu
para pengguna lebuh raya itu.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an
maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang
dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan
utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.
Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga
Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak
sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu
kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul
12.40 pagi itu.
Pj Blogspot.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.